assalamualaikum..
untuk entri pertama penulis nak sama-sama kongsi ilmu tentang asas perintang. memandangkan penulis pelajar jurusan elektronik, penulis kongsi serba sedikit pengetahuan yang ada.
perintang merupakan komponen yang mempunyai rintangan elektrik yang digunakan untuk mengawal pengaliran. Ianya merupakan komponen yang tergolong dalam kumpulan pasif. perintang berfungsi sebagai menghadkan arus mengalir melaluinya. Arus yang melepasi perintang adalah berkadar songsang dengan nilai perintang.
Perintang diperbuat daripada filem karbon,filem logam,lilitan wayar dan seramik. Nilai perintang diwakili oleh kod warna pada komponen. Manakala saiz perintang pula mewakili nilai kuasa. Saiz yang lebih besar menunjukan kuasa yang lebih besar.
Terdapat dua jenis perintang,iaitu perintang tetap dan perintang boleh ubah.
PERINTANG TETAP
- Perintang tetap ialah perintang yang tak boleh diubah nilai rintangannya.
- Namun demikian, faktor-faktor seperti perubahan suhu, bahan perintang atau arus mungkin dapat ubah nilai rintangannya.
- Nilai rintangan tetap ini dapat dinyatakan dengan menggunakan kod warna perintang.
- contoh perintang tetap ialah seperti berikut :-
- Perintang komposisi karbon
- Perintang berselaput karbon
- Perintang belitan dawai.
Rajah 1 Perintang Karbon
PERINTANG BOLEH UBAH
- Selain daripada perintang tetap. Terdapat beberapa jenis perintang boleh ubah yang biasa digunakan dalam litar elektronik seperti reostat,meter upaya dan praset.
- Perintang boleh ubah ini boleh diubah nilainya mengikut kehendak pengguna. Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.
.jpg)
hai nazihah.. hahaha.. aku nak buat WIM pasal perintang, jumpa ko lak dalam ternet ni, ni Firdaus Haron Kawan ko IKBN AG level 2 dan level 3 ingat? hahaaha.. aku kan baru nak jadi cikgu.. ko dah lama untong le.. ada wim kongsi2 le.. ^_^ aku intern kat tempat JEGA.. kenal? yg indian kelas ko masa ciast dulu.. kelas leman.. heheh.. pusing balik, pusing balik jumpa balik..
ReplyDelete